Salam Sejahtera..
Salam Ramadhan 20..
Hari ni kita dikejutkan dengan berita sedih yg dialami oleh para penumpang serta anak2 kapal #mh17. Innalillahi wainna ilaihi roji'un. Berat mata yg memandang, berat lagi bahu mereka (ahli keluarga mangsa) yg memikul. Semoga mereka tabah dan kuat.
Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menghayati 10malam terakhir bulan Ramadhan. Semoga kita istiqamah dalam mengerjakan amal ibadah bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah setiap detik dan ketika. Semoga ibadah yg kita kerjakan diterima Allah SWT. Insha Allah, Aaamin!
Setiap manusia punya jalan cerita tersendiri. Begitu juga aku. Dugaan yg aku alami sejak akhir2 ni bagi aku sangat berat untuk manusia lemah sepertiku sehingga aku terlepas pandang bahawa di luar sana ada insan yg lebih hebat dugaan yg di alaminya. Masya Allah! Egokah aku? Namun, itu semua menjadikan aku kuat. Mengajar aku erti bersabar.
Ya Allah...
Kuatkanlah imanku...
Tabahkanlah hatiku...
Berilah aku petunjuk ke jalan yg benar...
Ke jalan yg di redhai Mu...
Permudahkanlah jalan bagiku...
Aamin Allahumma Aamin!
Semoga aku mampu beralih ke level seterusnya.
Lots of Love,
(*_*)/''''''''''
No comments:
Post a Comment