Wednesday, 7 December 2011

Akal & Hati

Jangan hanya menggunakan HATI untuk menilai,
Tapi turut manfaatkan AKAL untuk berfikir...
Kadang-kadang HATI tidak boleh berfikir cara AKAL,
Dan AKAL tidak boleh menilai seperti HATI...
HATI dan AKAL mesti selaras...


AKAL,
Kadang-kadang tidak dapat berfikir seperti HATI...
Sanggup melepaskan sesuatu yang disayangi kerana
Harta, Paras Rupa, dan Kedudukan...
Tapi, AKAL yang sihat boleh membimbing HATI...
Berusaha memberikan yang terbaik pada diri sendiri...


HATI,
Kadang-kadang menggunakan emosi dalam membuat keputusan...
Menyerahkan segalanya dengan emosi...
Emosi tidak dapat melihat seperti sepatutnya HATI...
Kerana itu, 
Banyak istilah yang kita dengar...
" Cinta Itu Buta "
" Cinta Tanpa Syarat "
Semua ini jelas terbukti HATI menggunakan emosi 
mendahului AKAL...


AKAL boleh berfikir secara logik disamping HATI yang bijak menilai... 
Apabila AKAL disertai HATI,
Insya Allah bahagia pasti ada...

No comments:

Post a Comment